POMADE: Pasaran Tepu?


Pomade keluaran Amar Baharin
Bagi yang tak tahu, Pomade adalah satu produk rambut yang semakin popular dewasa kini. Berbekalkan tagline waterbased, produk ini semakin mendapat hati dan tempat dalam kalangan masyarakat. Ada yang membeli untuk dipakai, ada yang beli untuk dijual, ada yang beli untuk yang tersayang. Pendek kata, sebut sahaja Pomade, rata-rata golongan lelaki sudah arif dah tahu.


Namun, dek kerana kerakusan pengeluar untuk mengaut keuntungan, saya berpendapat pasaran Pomade sudah menghampiri zaman kegemilangannya. Ini mudah dirumuskan, apabila rata-rata pengeluar, sudah mula mencari stokis/agent yang ramai untuk membekalkan produk. Malah, ada yang turut menawarkan penjenamaan semula pomade. 


Maksudnya, pengeluar tersebut menjual pomade keluaran beliau, namun dengan branding pembeli baru. Walhal, produk yang sama juga dijual. Pasaran kian menepu, apabila pihak bermodal besar mula campur tangan. Amar Baharin contohnya, turut mengeluarkan pomade The Zoods, yang dipasarkan pada harga RM45. Bangga dengan packaging setanding dengan Gatsby, Dashing dan sebagainya, produk tersebut mula menempa nama walau pun dijual dengan harga agak tinggi.


Ini amat membimbangkan pengeluar pomade berskala kecil. Maka, mulalah mereka menjual pomade keluaran masing-masing dengan harga yang lebih murah. Malahan, ada juga yang menawarkan harga jualan secara pukal serendah RM7! Kini, mereka mula menukar strategi pemasaran, dengan mengajak potential customer mengeluarkan pomade jenama sendiri. Bertukar dari supply direct to end user, menjadi pembekal.


Untuk pengetahuan anda, pasaran Pomade adalah dalam kategori Perfect Competition Market. Apa itu Perfect Competition Market? Pasaran yang ramai pembekal/pengeluar, produk yang lebih kurang sama dan mudah untuk mula & berhenti berniaga.


Produk sama: semua pomade yang dijual, selling point hanyalah waterbased. 
Mudah berniaga: Modal serendah RM600, sudah boleh keluarkan jenama sendiri.
Ramai pengeluar: Terlalu banyak jenama pomade dalam pasaran.


Pendapat saya? Pasaran ini akan mula menjadi lebih tepu jika para pengeluar semakin rakus menawarkan harga bawah pasaran untuk menjana lebih jualan. Malah, para pengeluar perlu menjana idea baru selain sekadar waterbased untuk memastikan kelangsungan pomade tersebut.


Sebagai contoh, sebelum pomade terkenal, Elite sendiri (salah satu jenama kosmetik) sudah mengeluarkan minyak rambut lelaki yang lebih waterbased dari pomade. Malah turut dijual pada harga yang lebih rendah, dan mudah didapati di pasaraya negara.


Rata-rata pomade dijual dengan harga RM25-RM45. Bagi yang baru mula nak berjinak-jinak dengan perniagaan, pomade adalah salah satu produk yang anda boleh cuba. Ini berdasarkan kos pengeluaran murah, margin keuntungan yang berpatutan, dan ready market buyer. Namun ingat, pasaran semakin tepu dek kemunculan pelbagai jenama pomade!


Google sahaja pomade dan tengok ruangan image. Berpuluh jenama akan muncul!

Comments

Popular Posts