Train to Busan: Drama atau Seram?

Antara watak utama
Gelombang K-pop sudah lama melanda negara kita. Kegilaan anak muda masa kini, terutama wanita terhadap keayuan wajah para artis Korea semakin menjadi-jadi. Seolah-olah terdapat suatu jurang identiti yang ketara, antara Generasi Y dan juga Generasi Millenia. 

Ini dapat dilihat, apabila rata-rata pelajar tingkatan 1-5, masing-masing asyik menjadikan gambar artis Korea sebagai wallpaper, ekstremis mengikuti perkembangan artis malah ada yang mampu menghafal bilangan adik-beradik artis tersebut! Kagum! Situasi ini turut melanda adik saya, yang juga sedang di bangku menengah. Muak? Sedikit. Terasa sedih apabila adik sendiri terlalu taksub. Ikutkan hati, nak saja saya rotan. Namun kalau saya rotan beliau, kelak saya pula dirotan keluarga. Sedih bukan?




Apa salah beliau dikutuk satu Malaysia? 
Apabila file Train to Busan ini ditayangkan di Malaysia, seperti dijangka, sambutan yang hangat telah terjamin. Terima kasih kepada gelombang K-pop yang seperti sudah mengeksploit minda masyarakat muda negara. Sebutlah apa sahaja produk Korea, pasti laku!

Terkesan dengan fenomena itu, saya turut meluangkan masa untuk menonton filem yang hangat diperkatakan di media sosial.
Secara tak langsung, saya juga terjebak menjadi peminat bidan terjun filem Korea ini. 



Promosi poster yang mengancam!
Takut, cemas dan gementar. Itulah perasaan saya tatkala filem bermula. Fikiran saya mula membayangkan bermacam-macam perkara buruk yang boleh berlaku. Zombie berkemungkinan melompat keluar dari skrin? Ada tangan yang tarik kaki saya? Sergahan maut? dan lain-lain. 

Tapi saya nekad. Saya bukan pemberani, tapi saya cuba beranikan diri. Filem ini dapat rating tinggi. Takkan saya nak terlepas peluang.



Abang sado penyayang
Hasilnya? Kecewa. Saya kecewa. Segala expectation awal saya hancur berkecai. Jauh panggang dari api. Filem ini seolah-olah keliru. Antara genre seram atau drama. Terkadang ada babak lawak yang cuba disampaikan penerbit, menyebabkan ketakutaan saya semakin hilang.

Ya, cerita ini bukan cerita seram. Drama juga bukan. Ia umpama pernikahan dua alam. Apa yang pasti, cerita penuh moral kasih sayang keluarga. Filem sebegini amat diperlukan, tatkala negara kita dihujani dengan berita-berita keberantakan rumah tangga, penindasan kanak-kanak, penderaan suami isteri, perceraian, pembunuhan dan sebagainya. 

Harapan saya, moga industri filem negara turut mula menerbitkan cerita penuh moral sebegini. Plot ringkas, berkisar atas keretapi, tapi moral padat. Walau pun saya kecewa kerana tak berapa ditakutkan, nilai moral yang dipamerkan filem ini memenangi hati saya. Ya, memang berbaloi anda tonton filem ini.

Terkenang cerita P.Ramlee dahulu kala. Moral dan sindirannya tajam dan berbisa. Tak lekang gusi ketawa, sebab hati terasa. Rindu filem seperti Hikayat Merong Mahawangsa.



Antara parody keluaran negara. Juga Terbaik. Berbaloi untuk ditonton.


Comments

Popular Posts